Monday, March 21, 2011

Ayam Bakar Blackpepper

wee ~ Kerja RT ni makann je tau smenjak tak bersekolah ni. heh. Badan pun dah makin berisi. Tapi RT bukan pandai makan je tau, pandai masak jugak yeh!. Bhaha! Oke, oke.. straight to da recipe eh?


Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

p/s: mase bbq aritu aku perap 5 ekor ayam & bakar atas charcoal.... lg sedap!~



*************************
Sos Blackpepper


sos blackpepper ni gandingan bersama ayam tadi...memang sedap...semua cakap rase macam sos blackpepper dalam prosperity burger mcD tu.....dah pnah letak resipi ni dulu...takpe, kali ni letak lg skali untuk memudahkan... 

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors - in my opinion, kalau buat ikut adunan ni, better guna 1/2 kiub je sebab rasenya terlalu lemakkk kalo gune seketul tu....
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11.Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap...

3 comments:

kindergartenlibrary said...

lapar nelly ...

RaraTan said...

hehehehe. cube lahh buad. hee. konpem sedap.

kindergartenlibrary said...

nanti nak buat ^^

Hamburgar