Sunday, August 21, 2011

Roasted Lamb


Okay, semalam RT masak roasted Lamb with Rosemary sauce! Aumm! betape lazatnye daging kambing yang dipanggang separuh masak (medium cook) dan dihidang bersame couscous (kalau taktahu boleh google) dan rosemary sauce. Aww, sedap gile!

DAGING:
Panggang daging kambing (yang dah disalut minyak dan perisekan) selame 25minit, suhu 180 darjah celcius. Lepas tu, sementare tunggu daging tu nak masak, boleh lah masak couscous (benda alah kuning kat belakang daging tu) 

COUSCOUS
ratio 3:3 (3 cawan air, 3 cawan couscous). Biarkan air menggelegak dulu, lepas tu baru masukkan couscous, then cover dengan aluminium foil, tutup api. biarkan masak :)

ROSEMARY SAUCE:
Kalau korang buat brown stock secare manual (tak guna instant), just reduce the brown stock sampai lah jadi pekat, lepas tu letak rosemary dan sedikit sparkling grape juice. Then, perasekan dengan garam gula. 

Tuesday, April 12, 2011

Moist Chocolate Cake!

Kek_008

Kek coklat yang antaranya paling senang nak dibuat. Boleh kukus @ bakar. Tapi kukus lagi sedap! Kalau bakar, kne guna api atas bawah, pastu suhu mesti 180 darjah oke? Tetingkat tengah tauu!

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.

Monday, March 21, 2011

Ayam Bakar Blackpepper

wee ~ Kerja RT ni makann je tau smenjak tak bersekolah ni. heh. Badan pun dah makin berisi. Tapi RT bukan pandai makan je tau, pandai masak jugak yeh!. Bhaha! Oke, oke.. straight to da recipe eh?


Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

p/s: mase bbq aritu aku perap 5 ekor ayam & bakar atas charcoal.... lg sedap!~



*************************
Sos Blackpepper


sos blackpepper ni gandingan bersama ayam tadi...memang sedap...semua cakap rase macam sos blackpepper dalam prosperity burger mcD tu.....dah pnah letak resipi ni dulu...takpe, kali ni letak lg skali untuk memudahkan... 

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors - in my opinion, kalau buat ikut adunan ni, better guna 1/2 kiub je sebab rasenya terlalu lemakkk kalo gune seketul tu....
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara
1.Cairkan butter dengan api kecil.
2.Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3.Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4.Masukkan kiub ayam dan kacau.
5.Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6.Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. 7.Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8.Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9.Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10.Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11.Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap...

Macaron? Ape tu?

Uish. Yang ni memang kegilaan ramai sekarang ni. Mahal pun mahal satu bijik kecik tu. Lao tak silap, RM2.50 satu bijik. Tapi setimpal kot dengan cara pembuatan ni yang memang remeh gile vavun. Ok, RT pun nak cuba, tapi tengok keadaan dulu. Hee. Korang? Takmau cube? Sedap giler nehh!


Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
  • notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack
p/s. kalau rase resepi kat atas ni susah nak faham, rujuk sini ---> MACARON II

Mashed Potato!

Hi there! Baru belajar resepi baru tau! Mashed Potato! Sedap gila babeh tau. Tak payah dah habiskan duet & tenaga pi KFC smate2 nak beli mashed potato. Mahal pulak tu :) HEHE. Nak tau caranya? Mohh blaja!



BAHAN-BAHAN

ubi kentang 
tepung jagung
kiub ayam
margarine/butter
seasoning maggi
sos black pepper 
air masak

steps :
1. rebus kentang, bila da empuk, lenyekkan, and bulat2kan. 

gravy : 
1. campurkan air masak dgn 1/2 cawan tepung jagung
2. masukkan 1 sudu besar butter/margarine dlm periuk, masaksampai cair. 
3. masukkan campuran tepung jagung, seasoning maggi, 1 kiub ayam, sos black pepper secukup rasa, kalau tawar tambah la garam. 
5. api sederhana 
4. kacau sampai likat, then boleh la letak kat kentang tadi. 

Soo... cam mane? CUBALAH! Senang kan? wink!

Sunday, March 20, 2011

Daging + Sos Blackpepper


 Wink ! Lame sungguh xupdate blog ni kan? Bersawang-sawang dah. Ish. Hee :)

Anyway.. Nampak pic kat atas tu? Itu RT panggil Daging Cincang Bersos Blackpepper.
Ha... eksyen je lebeh name lauk tu. Daging tu RT juga daging beger aje. Kalau korang nak guna daging lembu pun boleh. wink3.

Ehem2. Nak kongsi resepi sos blackpepper je :) Sos ni korang boleh guna tuk resepi chicken chop jugak :)

Bahan-Bahan;
2sudu butter
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap pekat (jangan banyak sangat, kalau dah nampak coklat keperangan tu, oke lah tu)
1/2 kiub ayam knorr 
Blackpepper- secukup rasa
Bahan perasa- secukup rasa
2cawan air
1/2 bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu

Cara-cara;
1. Cairkan butter hingga cair. Then, masukkan tepung gandum. Kacau sampai keperangan.
2. Masukkan kiub ayam, gaul rata. Then, masukkan bawang. Kacau.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih then baru masukkan tomato.
4. Masukkan sos tiram, kicap. Kacau rata.
5. Masukkan blackpepper, dan perasakan sos tu. :)

Selamat mencuba ! :)


erm...; eksperimen sterusnye... AISKRIM GORENG ! :D

Monday, February 21, 2011

Cupcakes!


Bahan-Bahan:
250gm tepung gandum/ tepung berserbuk penaik
250gm marjerin
250gm gula halus
6 biji telur 
1camt serbuk penaik

Topping/cream:
500gm cream well
Krim pekat F&N bervitamin
Warna mengikut kegemaran :)

Cara Membuat Cupcakes:
Ayak tepung gandum/berserbuk penaik bersama 1camt serbuk penaik
Pukul marjerin dengan gula halus sampai kembang.
Bila dah kembang, masukkan telur satu persatu
Then, masukkan tepung. Tunggu sampai kembang baru masukkan ke dalam cawan kertas dalam anggaran 1/3cawan
Bakar selama 30minit; suhu 180

Topping/Cream:
Pukul cream well bersama Krim pekat F&N sampai kembang.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut kegemaran :)


Bahan Bahan


Kasi putarr sampai kembang~


HAHA. Hanguss sikett:)


Ni untuk cream well. Letakkan krim pekat. Agak-agak aje. Jangan tlalu manis. 
*Saye gune krim pekat manis sebab kalao gune gula aising, cream well jadi tak licin. So.. xcanteklahh nanti:)


Tapikan Sys, kalau beli Cupcakes Mix pun dah cukup bagus dah. Rase dye pun macam kat atas punye resepi. Yang bezanye, Cupcakes Mix tak payah guna butter dan lagi senang nak buad sebenarnya. Tak complicated!

Ikan Masak Merah

Lalalalala~ Pecaye tak lao cakap RT baru pandai masak Ikan Masak Merah? Kewh3.

Biarlahhh... yang penting skarangg,, dahh tambah 1 lagi ilmu! Yihahh!!


Bahan-bahan ( 2 orang )

4 ekor ikan (ikan apa² pun boleh!)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
1 cm belacan
8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le

Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
  2. Then...goreng ikan hingga garing
  3. Bawang putih & merah dikisar
  4. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
  5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan

Thursday, February 10, 2011

Stuffed Egg a.k.a Telur Sumbat

Ouhh ! Sangat lame tak mencube ini resipi. Sume ni gara-gara keobsesan saya yang melampau lampau terhadap cupcakes dann juga berkutu2 dengannye. Hua2. Ape kate korang cube buad ini western food lak?
Sangat senang , bahan2 punn senang nak dapat !  

Well ... ini stuffed egg sangat sedap dimakan waktu breakfast auu . Try it ! :)

Bahan-Bahan :
1 biji telur (direbus) - pastikan telur direbus dengan elok untuk mendapatkan hasil telur yang cantik
mayonis ( ikut selera korang nak letak banyak mane)
sos cili ( ini pun same . Ikut korang je)
celery @ daun bawang ( untuk hiasan)
garam secukup rasa
Piping bag + Acuan Nozel untuk paipkan kuning telur yang telah direbus.
Kalau korang tak der Piping Bag & nozel untuk paip kuning telur, korang boleh gantikan plastik tu dengan plastik putih yg bentuk petak tu , dan potong bucunye :)

Cara cara:

1. Ambil telur yang direbus dan belah dua.
2. Kemudian, keluarkan kuning telur yang telah di rebus itu.
3. Lenyekkan kuning tersebut. Then, gaul kuning telur itu dengan mayonis.
4. Kemudian, bahagikan kuning telur yang telah digaul dengan mayonis itu kepada dua bahagian.
5. Campurkan salah satu bahagian telur kuning + mayonis dengan sos cili untuk mendapatkan rasa yang berbeza.
6. Bahagian satu lagi dibiarkan kuning.
7. Paipkan kuning telur ke dalam telur yang korang keluarkan kuning telurnya.
8. Hasilnya akan menjadi seperti di bawah. Selamat mencuba!!

Saturday, February 5, 2011

CNY BLACKforest XD

*Sigh ... CNY is getting over . Hua Hua . Pokena eden berspeaking speaking ni ? Hehe . Pape jelahh . Heyy ...
edenn mauu tunjuk itu kek BLACKFOREST yang baruu dibuat hari Jumaat yangg lepas ! Tapi kann ... yang menyedehkannye lahh kann ... orang cakap akuu ni cilok gambaw dari kedai . Sob3 . Seryesly akuu buad sendiri . Takkannlahh kedai mauu buad itu decoration yang bapak mustahil err bagi sebijik kek blackforest . Hua Hua . Dah dah , xmohh bebel ouhh ! 


 Lapisan pertama . Inti fruit cocktail. *Sepatutnye ade satu lagi lapisan , tapi lupe beli blueberry ouhh~


 Wokehh . Ini hasil dye ! *Comot sane sini ouh ! Inilahh kesusahann&payah perit err buad kek tanpe peralatan lengkap. wuuu ~



Ini decoration sebelumm akuu reject bunge bunge yang menggedik itu . Hua Hua


Ini decoration selepas akuu mencilok baking chocolate mak aku . Hua Hua . Soe mak !




Mau mengetag ....

Tuesday, January 25, 2011

A Piece of My Art

Well , I've nothinx to say much . HAHA:) Juz wanna present a bit of my art. Andd i would feel pleased to receive some comments from all of ya . 

Dis wat we call "Ayam Grill Serai"

Andd ... Chocolate Cake ! (My Favorite !)


Monday, January 17, 2011

Lepung Masak Berlada

Weee~ Gile meroyan kejap. HAHA:)
Pagi pagi lagy mak dah kejutkan coz na pesan swuh masak lepung (paru) eh ? HAHA. Entah. Name dye unn aku ta sure. Abaikan. HAHAAH. Mak aku bukann maen smangat lagy duk pesan masak itu dan ini (al-maklumla... sorang je anak dare yang tinggal kt ruma) , akuu pun dengan mamai mamai, angguk aje. HAHA. Padahal, habukk pun tadak. Impaknye (eceehh) aku terpakse la kol balek mak akuu tanye apebende nak dimasak. HAHAHA:) Bebel mak aku dibuatnye. Bukan na dengar unn. HAAA ~

Jeng JENG Jeng ! 
Lepung Masak Berlada. (Ye ke ?)

Hehe. Masak maen campak campak aje. Ntah sedap ke idak. 

Ish Ish,

Cara na masak,
Paru, kena rebus dulu baru goreng 15minit.
Angkat, ketepikan dulu.

Bahan Kisar
Cili Boh, 
Bawang Merah 6/7ulas
Bawang putih 4/5 ulas
2cm Halia

Lepas da goreng paru/lepung, tumis bahan kisar + serai sampai naek minyak,
Bile dah naek minyak, perasakan dengan bahan perasa.
Masukkan lepung yang dah digoreng.
SIAP !
Senang ann ? HAHA:)

Wednesday, January 12, 2011

Daging Blackpepper Cinta :)

Shot! Lame betull ta update belog kat sini yao! HAHA. Sorry lah bloggy yaw? Biasenya Cik Rara akan update bile masak kek/lauk baru! HAHA. Al-maklumlah.. belog ini kan special untuk koleksi masakan CIk Rara. Kat mane lagi eden nak pot pet pot pet pasal bab bab makan nih? HAHA:) Well, nak persembahkan koleksi masakan yang boleh dikatekan latest lah. HAHA... 

Daging Blackpepper Cinta :D

Walah! Amacam? Ngeh3. Ta chantek unn. Cam pelik aje ann? Ade lah sorang ambe Allah tanye, 
"Cik Rara, kenapa daging itam sangat?"
HAHA. Lawak lawak. Incik, daging tu ta itam unn sbenanye. Sebab Cik Rara edit aje (na kasi kaler lawo), sebab tu jadik itam. Hohoho.
Cara cara na buad benda alah ni? Xde dalam buku resipi pun. Masak cincai cincai aje. Maen campak aje bahan bahan yang rase nak makan. Hahaha. Apelah kann?

Well, Cik Rara guna bahan bahan nieh ; Bawang putih, lada hitam (tumbuk hancur&perap kat daging 1jam), kicap, bahan perasa.

Ape? Dahlah. Tu je bahan bahan nye. Kan da cakap tadi, maen campak campak aje. Hahahaha:)
Hamburgar