Monday, March 21, 2011

Macaron? Ape tu?

Uish. Yang ni memang kegilaan ramai sekarang ni. Mahal pun mahal satu bijik kecik tu. Lao tak silap, RM2.50 satu bijik. Tapi setimpal kot dengan cara pembuatan ni yang memang remeh gile vavun. Ok, RT pun nak cuba, tapi tengok keadaan dulu. Hee. Korang? Takmau cube? Sedap giler nehh!


Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
  • notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack
p/s. kalau rase resepi kat atas ni susah nak faham, rujuk sini ---> MACARON II

6 comments:

Nobita Sensei said...

teringin giler makan bende ni.

RaraTan said...

haa.. tahuu xper kan? malanggnye xdapatt2 jugak den nak merase. hoh2

Norasikin said...

Popular betul macaron ni sekarang tp kenapa mahal sangat ye. Nak kata terlalu remeh tak jugak. Mungkin harga badam yang mahal sangat kot

RaraTan said...

heee. RT bace dalam satu artikel, maybe macaron mahal sebab cara nak buad tu leceh kot. haha. takpun bahan2 skarang ni yang mahal. ishh2

dib. said...

RT! ta pnah wat macaron ni,dulu gle excited na makan bile dah rasa maniiisssss sgt! hoho.ade tepung dah siap kat kedai kek uhh^^

Nurul EL-Huda said...

heee, x nak belanja gad1s ke.....????
(=

Hamburgar